BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Apr 30, 2011

Liverpool 5-0 Birmingham. Maxi mengganas.


Liverpool tidak mempunyai rekod yang baik dalam pertembungan menentang Birmingham City. Tapi semalam, skrip perlawanan menyebelahi Liverpool.

Reina
Flanagan - Carragher - Skrtel - Robinson
Lucas - Spearing - Meireles
Maxi - Kuyt - Suarez

Liverpool mengusai perlawanan dan mengawal rentak perlawanan dari awal sehinggalah wisel penamat ditiupkan. Birmingham seolah-olah menjadi pasukan yang hilang punca. 

John Flanagan dan Jack Robinson diturunkan sebagai pertahanan kanan dan kiri. King Kenny terus meletakkan kepercayaan kepada 2 pemain muda ini untuk mengemudi bahagian tepi pertahanan.

Liverpool memulakan pesta gol seawal minit ke-7. Bola rembatan Jay Spearing muntah dari dakapan penjaga gol Birmingham, Ben Foster, disambar dengan pantas oleh Maxi Rodriguez untuk gol pertama beliau pada perlawanan tersebut.
Gol ke-2 hadir pada minit ke-23. Luis Suarez yang berjaya meloloskan diri dari kekangan pertahanan berjaya melarikan bola ke arah gol lawan. Malangnya, rembatan beliau berjaya ditepis oleh Foster. Namun, Dirk Kuyt dengan pantas menyambar bola tersebut untuk gol ke-2 Liverpool.
Kuyt on the roll. Another goal from him


Ben Foster kemudian terpaksa keluar kerana kecederaan selepas berlanggar dengan pemain pertahanan sendiri. Collin Doyle, yang sudah 3 tahun tidak bermain, masuk menggantikan Foster.

Gol ketiga hadir pada separuh masa ke-2. Suarez yang berjaya meloloskan diri dari perangkap offside, membawa bola ke bahagian kanan sebelum melambungkan bola kepada Maxi yang tidak dijaga oleh pertahanan lawan. Maxi dengan mudah membuat rembatan untuk gol ke-2 beliau dalam perlawanan.


Suarez: Asyik kau je score. Bagi aku pulak.
MAxi: kau memang dah jadi favorite King Kenny & fan. Bagi aku menyerlah pulok.

Hat trick Maxi tiba pada kinit ke-73. Maxi yang membawa bola merembat deras ke arah gol. Bola yang ditepis oleh penjaga gol melantuh ke arah Raul Meirles. Bola terkena kaki Meireles dan terus ke Maxi semula. Maxi membuat rembetan mudah untuk hat trick beliau.
Joe Cole meletakkan icing di atas kek dengan menjaringkan gol ke-5 perlawanan. Cole yang masuk menggelecek bola sebelum merembat bola ke arah Doyle. Doyle yang gagal menangkap kemas bola tersebut dan bola terus masuk menerjah gawang.
"Boleh ke score ni? Try je la rembat."
"Eh, eh.. Score la.. Hhhmmm... Nak celebrate ke tak ni?"


Ref: Eh, adik. Nak bawak ke mana bola tu. Letak balik.
Maxi: Bapak kau. aku dah hat trick. Ni bola aku la.
Perlawanan semalam boleh disifatkan sebagai antara perlawanan terbaik di bawah kendalian King Kenny. Di harap pemain dapat mengekalkan kosistensi untuk baki perlawanan dan cuba merebut slot ke UEFA Europa League.

YNWA!!