BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Mar 2, 2020

Chelsea 0-1 Liverpool. Torres, you'll walk alone.


Semalam, pertembungan antara Chelsea menentang Liverpool menjadi tumpuan seluruh dunia.Pertembungan kali ini bukan hanya pertembungan dua kelab gergasi semata-mata, tetapi juga tumpun kepada Torres yang turun menentang kelab lamanya tidak sampai seminggu selepas dia meninggalkannya.

Sebelum perlawanan bermula, bermacam berita yang keluar di akhbar dan internet mengenai kenyataan Torres terhadap Liverpool. Antaranya beliau berkata "Saya ditolak keluar dari Liverpool", "I never love Liverpool" dan "I never kiss Liverpool badge".

Rasanya tiada siapa dalam Liverpool yang nak menolak beliau keluar dari Liverpool. Semua orang tahu termasuk penyokong lawan pun tahu yang Torres adalah anak emas di Anfield. Semua tahu kita terus menyokong Torres walaupun selalu injured dan gagal perform seperti masa mula dia sampai di Anfield.

I never love Liverpool. Benarkah? Dalam buku autobiography beliau, dia berkata bahawa dia sangat sayangkan Liverpool. Bukan setakat sayangkan Liverpool Football Club, tapi sayangkan tempat tinggalnya di Liverpool. Dia gembira dengan sambutan dan layanan penyokong. Dia gembira menjadi salah seorang Scouser. Dia membuat pengakuan juga yang dia juga kini menjadi salah seorang peminat The Beatles yang berasal dari Liverpool.

I never kiss a Liverpool badge? Malas aku nak ulas banyak-banyak. Lihat saja gambar di bawah.

Aku sendiri tak tahu kenapa Torres sanggup mengeluarkan kenyataan provokasi. Mungkin ingin merendahkan moral pemain Liverpool? Tapi dia perlu ingat yang pemain Liverpool yang lain ialah kawan-kawan lama beliau. Dan aku sama sekali tak terkejut Ageer menyiku beliau kerana kenyataan beliau.

Ok. Kembali ke perlawanan

Reina
Kelly - Carragher - Skrtel - Agger - Johnson
Lucas - Meireles - Gerrard - Maxi
Kuyt

Memang satu kejutan bila melihat Suarez tiada dalam senarai kesebelasan utama. Tapi mungkin King Kenny mempunyai taktik tersendiri. Chelsea menurunkan Torres sebagai penyerang utama yang berganding dengan Drogba dan Anelka.

Sebelum perlawanan bermula, kamera ada memfokus ke arah banner Torres buatan penyokong Chelsea. Nampak sangat copy + paste. Dengan jelas sekali terpampang bentuk Shankly Gates di bawah nama Torres. Facepalm. Nampak sangat penyokong Chelsea tiru secara membabai buta tanpa menyelidik maksud bentuk tersebut.


Perlawanan bermula dan kedua pasukan bermain dengan rentak berhati-hati. Masing-masing sedar yang kesilapan bakal menghadiahkan kemenangan buat pasukan lawan.

Highlight perlawanan kali ini ialah siapakah pemain Liverpool yang pertama yang bakal melakukan kekasaran terhadap Torres? Bookie meletakkan Jamie Carragher sebagai pilihan utama. Tapi Danny Agger menjadi orang pertama yang mengasari Torres. Bukan tackle, tapi dengan menyiku Torres. Torres cuba meminta simpati pengadil tetapi gagal.

Kredit buat barisan pertahanan tengah dalam perlawanan kali ini. Martin Skrtel juga jarang melakukan kesilapan seperti biasa. Agger juga berjaya mengekang Torres dengan baik sehinggakan Torres gagal melepaskan diri. Torres yang bermain disebelah kanan semasa separuh masa pertama terpaksa bermain dibahagian kiri pada separuh masa kedua untuk mengelakkan pertembungan dengan Agger.


Kepulangan Carragher memberikan impak kepada pasukan. Torres mendapat peluang apabila mendapat through pass dari Drogba. Torres cuba menjaringkankan gol tetapi berjaya ditahan oleh Carragher dengan jayanya.


Maxi Rodriguez sepatutnya telah meletakkan Liverpool dihadapan pada separuh masa pertama jika dia tidak melepaskan peluang keemasan. Gerrard menghantar bola cantik melepasi kawalan 3 pemain pertahanan Chelsea. Sayangnya Maxi menahan bola tersebut terlalu kuat sehingga bola melantun mengenai palang gol. Separuh masa pertama tamat dengan 0-0.

Separuh masa kedua bermula dengan lebih rancak. Masing-masing mula mencari gol kemenangan. Persembahan hambar Torres berakhir apabila beliau dikeluarkan pada minit ke-65. Dan saat magik terjadi 3 minit kemudian.

Pada minit ke-68, kapten Steven Gerrard yang berjaya membawa bola lari dibahagian sayap kanan melakukan crossing ke kawasan penalti Chelsea. Pemain pertahanan dan penjaga gol Chelsea bagaikan terkaku dan gagal menduga bola hantaran Gerrard yang sedikit melencong.

Bola hantaran Gerrard berjaya di sambut oleh Raul Meireles. Meireles tidak melepaskan peluang dengan melepaskan tendangan dan menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool. Gol ini merupakan gol keempat dalam lima perlawanan buat Meireles. Kamera sempat merakamkan muka Torres yang hampa melihat jaringan gol Meireles.


Luis Suarez tidak dimasukkan sehingga saat terakhir. Kenapa? Mungkin kerana King Kenny lebih banyak menerapkan taktik defensif bermula pada minit ke-80. Sebab itu Christian Poulsen dimasukkan. Kemungkinan memasukkan Luis Suarez bakal mengurangkan defensif dan mungkin bakal membuatkan gawang Liverpool bolos.

Akhirnya, selepas musim lepas kita disakitkan oleh Rafa Benitez dan awal musim kita diragut jiwa oleh Uncle Roy, kini kita boleh bernafas dengan lega. Kita boleh bergembira. Kita boleh ketawa. Dan kita kini boleh balas balik SMS provokasi dari peminat pasukan lain kerana kini King Kenny telah meletakkan Liverpool kembali ke landasan yang betul.

King Kenny menyambut riang pemain Liverpool selepas tamat perlawanan.



Semua pemain Liverpool menyambut kemenangan dengan hati yang riang dan gembira. 

Sementara itu, Torres...