BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Mar 2, 2020

Chelsea 0-1 Liverpool. Torres, you'll walk alone.


Semalam, pertembungan antara Chelsea menentang Liverpool menjadi tumpuan seluruh dunia.Pertembungan kali ini bukan hanya pertembungan dua kelab gergasi semata-mata, tetapi juga tumpun kepada Torres yang turun menentang kelab lamanya tidak sampai seminggu selepas dia meninggalkannya.

Sebelum perlawanan bermula, bermacam berita yang keluar di akhbar dan internet mengenai kenyataan Torres terhadap Liverpool. Antaranya beliau berkata "Saya ditolak keluar dari Liverpool", "I never love Liverpool" dan "I never kiss Liverpool badge".

Rasanya tiada siapa dalam Liverpool yang nak menolak beliau keluar dari Liverpool. Semua orang tahu termasuk penyokong lawan pun tahu yang Torres adalah anak emas di Anfield. Semua tahu kita terus menyokong Torres walaupun selalu injured dan gagal perform seperti masa mula dia sampai di Anfield.

I never love Liverpool. Benarkah? Dalam buku autobiography beliau, dia berkata bahawa dia sangat sayangkan Liverpool. Bukan setakat sayangkan Liverpool Football Club, tapi sayangkan tempat tinggalnya di Liverpool. Dia gembira dengan sambutan dan layanan penyokong. Dia gembira menjadi salah seorang Scouser. Dia membuat pengakuan juga yang dia juga kini menjadi salah seorang peminat The Beatles yang berasal dari Liverpool.

I never kiss a Liverpool badge? Malas aku nak ulas banyak-banyak. Lihat saja gambar di bawah.

Aku sendiri tak tahu kenapa Torres sanggup mengeluarkan kenyataan provokasi. Mungkin ingin merendahkan moral pemain Liverpool? Tapi dia perlu ingat yang pemain Liverpool yang lain ialah kawan-kawan lama beliau. Dan aku sama sekali tak terkejut Ageer menyiku beliau kerana kenyataan beliau.

Ok. Kembali ke perlawanan

Reina
Kelly - Carragher - Skrtel - Agger - Johnson
Lucas - Meireles - Gerrard - Maxi
Kuyt

Memang satu kejutan bila melihat Suarez tiada dalam senarai kesebelasan utama. Tapi mungkin King Kenny mempunyai taktik tersendiri. Chelsea menurunkan Torres sebagai penyerang utama yang berganding dengan Drogba dan Anelka.

Sebelum perlawanan bermula, kamera ada memfokus ke arah banner Torres buatan penyokong Chelsea. Nampak sangat copy + paste. Dengan jelas sekali terpampang bentuk Shankly Gates di bawah nama Torres. Facepalm. Nampak sangat penyokong Chelsea tiru secara membabai buta tanpa menyelidik maksud bentuk tersebut.


Perlawanan bermula dan kedua pasukan bermain dengan rentak berhati-hati. Masing-masing sedar yang kesilapan bakal menghadiahkan kemenangan buat pasukan lawan.

Highlight perlawanan kali ini ialah siapakah pemain Liverpool yang pertama yang bakal melakukan kekasaran terhadap Torres? Bookie meletakkan Jamie Carragher sebagai pilihan utama. Tapi Danny Agger menjadi orang pertama yang mengasari Torres. Bukan tackle, tapi dengan menyiku Torres. Torres cuba meminta simpati pengadil tetapi gagal.

Kredit buat barisan pertahanan tengah dalam perlawanan kali ini. Martin Skrtel juga jarang melakukan kesilapan seperti biasa. Agger juga berjaya mengekang Torres dengan baik sehinggakan Torres gagal melepaskan diri. Torres yang bermain disebelah kanan semasa separuh masa pertama terpaksa bermain dibahagian kiri pada separuh masa kedua untuk mengelakkan pertembungan dengan Agger.


Kepulangan Carragher memberikan impak kepada pasukan. Torres mendapat peluang apabila mendapat through pass dari Drogba. Torres cuba menjaringkankan gol tetapi berjaya ditahan oleh Carragher dengan jayanya.


Maxi Rodriguez sepatutnya telah meletakkan Liverpool dihadapan pada separuh masa pertama jika dia tidak melepaskan peluang keemasan. Gerrard menghantar bola cantik melepasi kawalan 3 pemain pertahanan Chelsea. Sayangnya Maxi menahan bola tersebut terlalu kuat sehingga bola melantun mengenai palang gol. Separuh masa pertama tamat dengan 0-0.

Separuh masa kedua bermula dengan lebih rancak. Masing-masing mula mencari gol kemenangan. Persembahan hambar Torres berakhir apabila beliau dikeluarkan pada minit ke-65. Dan saat magik terjadi 3 minit kemudian.

Pada minit ke-68, kapten Steven Gerrard yang berjaya membawa bola lari dibahagian sayap kanan melakukan crossing ke kawasan penalti Chelsea. Pemain pertahanan dan penjaga gol Chelsea bagaikan terkaku dan gagal menduga bola hantaran Gerrard yang sedikit melencong.

Bola hantaran Gerrard berjaya di sambut oleh Raul Meireles. Meireles tidak melepaskan peluang dengan melepaskan tendangan dan menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool. Gol ini merupakan gol keempat dalam lima perlawanan buat Meireles. Kamera sempat merakamkan muka Torres yang hampa melihat jaringan gol Meireles.


Luis Suarez tidak dimasukkan sehingga saat terakhir. Kenapa? Mungkin kerana King Kenny lebih banyak menerapkan taktik defensif bermula pada minit ke-80. Sebab itu Christian Poulsen dimasukkan. Kemungkinan memasukkan Luis Suarez bakal mengurangkan defensif dan mungkin bakal membuatkan gawang Liverpool bolos.

Akhirnya, selepas musim lepas kita disakitkan oleh Rafa Benitez dan awal musim kita diragut jiwa oleh Uncle Roy, kini kita boleh bernafas dengan lega. Kita boleh bergembira. Kita boleh ketawa. Dan kita kini boleh balas balik SMS provokasi dari peminat pasukan lain kerana kini King Kenny telah meletakkan Liverpool kembali ke landasan yang betul.

King Kenny menyambut riang pemain Liverpool selepas tamat perlawanan.



Semua pemain Liverpool menyambut kemenangan dengan hati yang riang dan gembira. 

Sementara itu, Torres...







Jan 2, 2020

ANTARA SUAREZ DAN TIANG GOL- Liverpool 00 Sparta Prague 00

     
                          Pada malam semalam, Suarez dan tiang gol,  ibarat aur dan tebing tidak dapat dipisahkan....

Jadi rekod 4 kemenangan berturut terhenti disini

Begitu juga dengan 4 perlawanan tanpa bolos juga terbantut sudah....



Semalam Skuad Scousers telah menentang Sparta Pragu. Itu dia kapten
S.Prague sedang bertikam gigi ngan pemain Arsenal. 

Vela: Woi! Apahal kau block jalan aku?
Pemain S.Pague: Sukati anjing akula bro!


"Oi jangan kacau bola, jangan!!"
                                        -kata Dirk Kuyt


WHAT THE?!""Oo taknak dengar ya? Nah! It's Randy Orton! Aku daa kata jangan kacau jalan kau tak paham loghat English aku tak seberapa ni ke??? Tau laa aku dari Blender!!!" -Kuyt

"Ampun!ampun! Nanti aku suruh mak aku belikan Dictionary Belanda tebal punya. Ampun, Ampun!!" -Donga


Nah Posing terbaek Lucas!!!


Oi referee apahal??!!

Aku memang suka dengan warna kuning!! Tengoklaa stripe kat baju aku nih!


Yah disinilah tempat terbaik untuk aku terbang!!! Hoorayy!!

Ngog yang bongok mula belajar terbang mula menerbangkan dirinya...


Oi oi blah blah ni bola aku!! -kata Johari Cole


Sementara tu, Torres: Ah kenapalah aku tak belajar terbang sama cam Ngog. Haishh...

Konklusi: Torres akan mula belajar terbang

Apr 30, 2011

Liverpool 5-0 Birmingham. Maxi mengganas.


Liverpool tidak mempunyai rekod yang baik dalam pertembungan menentang Birmingham City. Tapi semalam, skrip perlawanan menyebelahi Liverpool.

Reina
Flanagan - Carragher - Skrtel - Robinson
Lucas - Spearing - Meireles
Maxi - Kuyt - Suarez

Liverpool mengusai perlawanan dan mengawal rentak perlawanan dari awal sehinggalah wisel penamat ditiupkan. Birmingham seolah-olah menjadi pasukan yang hilang punca. 

John Flanagan dan Jack Robinson diturunkan sebagai pertahanan kanan dan kiri. King Kenny terus meletakkan kepercayaan kepada 2 pemain muda ini untuk mengemudi bahagian tepi pertahanan.

Liverpool memulakan pesta gol seawal minit ke-7. Bola rembatan Jay Spearing muntah dari dakapan penjaga gol Birmingham, Ben Foster, disambar dengan pantas oleh Maxi Rodriguez untuk gol pertama beliau pada perlawanan tersebut.
Gol ke-2 hadir pada minit ke-23. Luis Suarez yang berjaya meloloskan diri dari kekangan pertahanan berjaya melarikan bola ke arah gol lawan. Malangnya, rembatan beliau berjaya ditepis oleh Foster. Namun, Dirk Kuyt dengan pantas menyambar bola tersebut untuk gol ke-2 Liverpool.
Kuyt on the roll. Another goal from him


Ben Foster kemudian terpaksa keluar kerana kecederaan selepas berlanggar dengan pemain pertahanan sendiri. Collin Doyle, yang sudah 3 tahun tidak bermain, masuk menggantikan Foster.

Gol ketiga hadir pada separuh masa ke-2. Suarez yang berjaya meloloskan diri dari perangkap offside, membawa bola ke bahagian kanan sebelum melambungkan bola kepada Maxi yang tidak dijaga oleh pertahanan lawan. Maxi dengan mudah membuat rembatan untuk gol ke-2 beliau dalam perlawanan.


Suarez: Asyik kau je score. Bagi aku pulak.
MAxi: kau memang dah jadi favorite King Kenny & fan. Bagi aku menyerlah pulok.

Hat trick Maxi tiba pada kinit ke-73. Maxi yang membawa bola merembat deras ke arah gol. Bola yang ditepis oleh penjaga gol melantuh ke arah Raul Meirles. Bola terkena kaki Meireles dan terus ke Maxi semula. Maxi membuat rembetan mudah untuk hat trick beliau.
Joe Cole meletakkan icing di atas kek dengan menjaringkan gol ke-5 perlawanan. Cole yang masuk menggelecek bola sebelum merembat bola ke arah Doyle. Doyle yang gagal menangkap kemas bola tersebut dan bola terus masuk menerjah gawang.
"Boleh ke score ni? Try je la rembat."
"Eh, eh.. Score la.. Hhhmmm... Nak celebrate ke tak ni?"


Ref: Eh, adik. Nak bawak ke mana bola tu. Letak balik.
Maxi: Bapak kau. aku dah hat trick. Ni bola aku la.
Perlawanan semalam boleh disifatkan sebagai antara perlawanan terbaik di bawah kendalian King Kenny. Di harap pemain dapat mengekalkan kosistensi untuk baki perlawanan dan cuba merebut slot ke UEFA Europa League.

YNWA!!

Mar 15, 2011

Match Review: Liverpool FC 3 Man United 1



Tahukah anda Liverpool berjaya memalukan MU dengan kemenangan 3-1, Dirk Kuyt score hatrick dan Suarez is the new face of EPL?

Reina
Johnson - Carragher - Skrtel - Aurelio
Kuyt - Lucas - Gerrard - Rodriguez
Meireles
Suarez

Seperti biasa, perasaan bercampur-baur sebelum perlawanan menentang MU. Fan-fan MU akan memulakan provokasi kepada aku. Tapi aku malas nak balas dulu. Balas selepas habis game, baru seronok. He who laugh the last, is the winner.

Liverpool memulakan perlawanan dengan baik. Liverpool bermain dengan taktik pass and move seperti sediakala, tidak seperti perlawanan menentang West Ham minggu lepas.

Pada mulanya, aku dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku apabila Fabio Aurelio terpaksa keluar kerana kecederaan. Sotirios Kyrgiakos masuk dan masuk ke posisi bek tengah. Carragher pergi ke bek kanan dan Johnson kembali mengisi slot bek kiri.

Tapi kemasukan Kyrgiakos membawa semangat ala-ala Sparta dan menjadi inspirasi kepada kemenangan semalam.

Pada minit ke-34, Luis Suarez melakukan perkara satu gerakan yang jarang kita tengok dilakukan oleh penyerang lain di EPL. Kyrgiakos memberikan bola kepada Suarez dan mucul satu keajaiban. Suarez membuat turning dan menggelecek 5 pemain pertahanan MU sebelum menjolokan bola kepada Dirk Kuyt. Gol pertama Liverpool!

Tak puas tengok gol Suarez? Mari kita tonton bersama:
Menyekolahkan MU

Ok, dalam bentuk still picture pulak:
                                                                          Suarez menggelecek...

                                                                  Menjolok Bola...
                                                                      Simple tap in by Kuyt...

                                                                      CELEBRATE!!!!!
                                                  Van der Sar turut mengangkat tangan tanda nak celebrate sekali. 
Tidak lama selepas itu, Liverpool menggandakan pendahuluan. Pada minit ke-39, Suarez menghantar bola ke dalam petak penalti. Terima kasih kepada Nani, Nani telah meng-assist Kuyt yang menunggu di hadapan pintu gol. Kuyt menanduk melepasi jangkauan Van Der Sar untuk gol kedua.

                                                  Nani'a nice assist


Hampir waktu separuh masa pertama, Carragher telah melakukan satu tackle keras ke atas Nani. Aku akui, tackle tersebut agak keras tetapi aku sangatlah annoying dengan lakonan Nani. Selepas kena tackle, laju saja dia bangun. Tapi selepas tu, terus jatuh dan menangis. Menangis? Hahahaha!

                                  Untuk peminat bolasepak Liga Inggeris, nilah muka yang memalukan MU.
                                             Gerrard: Bangun-bangun. Nanti mak kau marah kau tidur atas rumput ni.

Pemian MU mengerumuni pengadil (kalau korang perasan, pemain MU suka kerumun pengadil pun tiap-tiap kali), supaya melayangkan kad merah. Semuanya cuba membuat provokasi pada pemian Liverpool terutamanya Carragher.

Bagi aku, inilah balasan kerana selalu sangat dive, berlakon dan show-boating. It's a karma, bitch! Take that! Azizulhasi Awang pun boleh menghabiskan race basikal dengan kayu tertembus pada kaki, kau kena stud sikit dah menangis.

Kemudian, budak hingusan dari brazil yang ada pace tapi bodoh melampau bila tackle cuba menjadi wira. Rafael melakukan tackle 2 kaki, yang biasanya memang dikenakan hukuman kad merah, ke atas Lucas.

Kali ini giliran pemian Liverpool mengerumuni Rafael. Kumpulan pemian Liverpool diketuai oleh Skrtel. Badan bertattoo, muka pun memang macam samseng. Tercirit Rafael dibuatnya. Rafael hanya dilayangkan kad kuning. So, fan MU tiada modallah nak kata tentang Carragher patut kena kad merah.


 Skrtel: Got problem, punk?
                                                                                      Rafael: Nnggg....
                                                                                      Maka gaduhlah mereka


Separuh masa kedua, Liverpool terus mendominasi walaupun MU sudah memasukan Chicaritos. Liverpool berjaya menambah gol pada minit ke-65. Tendangan percuma Suarez yang melencong gagal ditangkap kemas oleh Van Der Sar. Bola yang melantun disambar oleh Kuyt untuk hatrick!


                                                                  Hat- Trick!!!






Akhirnya, yang ditunggu telah tiba. Andy Carroll akhirnya membuayt debut untuk Liverpool. Tapi kemasukan beliau tidak banyak memberi impak kerana Liverpool sudah mula memperlahankan serangan. Tak mengapa, dia akan menunjukkan impaknya pada perlawnaan Europa League nanti.


                                                   Debut Andy Caroll: Penjaring terbanyak


Gol saguhati MU dijaringkan oleh Chicaritos. Gol kesian. Nanti fan MU tak de modal nak bercerita pula.

Permainan Liverpool sangat mantap kali ini. Midfeild Liverpool, Gerrard - Lucas - Meireles, menajalankan tugas dengan baik dengan mengusai bahagian tengah dengan baik berbanding perlawanan West Ham. Pemain tengah MU gagal mendominasi permainan semalam.







                                            Gerrard: Kau ke legend EPL? Ahaks. Senang gile aku lepas kau


Semua pemain layak mendapat pujian kerana bekerja dalam satu unit. Kuyt mungkin menjaringkan hatrick, tetapi bagi aku semalam adalah The Suarez Show! Walaupun baru menjaringkan satu gol, tapi impak yang diberikan yang mendalam buat Liverpool. Suarez bagaikan mengisi "The missing link" yang selama ini hilang semenjak pemergian Xabi Alonso.


                                                           DA Losers


                                                   Hat-Trick hero got the ball


                                                                 The Link


Diharap Liverpool meneruskan perjuangan. YNWA!