BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Feb 3, 2011

Analisis: Liverpool FC vs Stoke City FC


Saya nak perincikan sedikit yang menarik tentang perlwananan dengan Stoke adalah mengenai formasi 3-5-2. Tak disangka Kenny punyai muslihat dan licik malah lebih licik dari Rafa bila hadapi lawan yang terlalu ultra defensif. Jangan cerita Hodgson dia tolak tepi, tapi masalahnya Pak Cik Rafa sendiri agak gabra juga untuk pecah kubu Stoke.

Tugasan pemain dalam Formasi 352.
- Kargiakos kunci Carew.
- Skrtel dan Agger bantu Kargiakos dan bantu Kelly dan Johnson.
- Kelly dan Johnson serang tanpa had.
- Lucas dan Aurelio kawal tengah
- Gerrard sebagai perancang utama.
- Meireles bantu Kuyt menyerang.
- Kuyt pemain sasaran.

Tapi itu semua formasi ujian sebelum Carroll dapat beraksi. Dan apabila beliau kembali pulih maka lebih banyak pilihan formasi yang dapat Kenny pelbagaikan. Apa ingat Rafa saja reti benda alah taktik ini. Kenny setakat ini telah mencuba pelbagai formula untuk hadapi lawan berbeda. Cuma kali ini kita akan tengok pemain serangan dengan gandingan formasi yang bakal digunakan Kenny musim ini dengan adanya Suarez dan Carroll.

Formasi 4-4-2 (Kuyt, Gerrard, Meireles, Maxi, Carroll, Suarez)
Ini formasi buku teks pelajaran bolasepak Inggeris. Semua yang reti bola, malah kaki bangku tapi mulut kalah Shebby Sigh pun tahu tentang formasi ini. Saya yakin inilah formasi kegemaran Kenny (dan Hodgson). Suarez akan main atas dengan Carroll. Kuyt cam biasa sayap kanan dan Maxi belah kiri. Gerrard dan Meireles ditengah. Kekuatannya ialah mudah untuk pemain memahami tugasan masing-masing. Kelemahannya ialah Kuyt dan Maxi bukan pemain sayap tulen dan tak laju langsung.

Formasi 4-3-3 (Gerrard, Lucas, Meireles, Kuyt, Carroll, Suarez)
Ini formasi yang Kenny guna untuk mengayamkan Fulham dan Wolves sebelum Torak blah. Tak ada masalah Carroll dan ambil alih No 9 dan dia tahu apa nak buat sebagai pemain sasaran dan takkan merajuk kalau kena balun. Suarez akan jadi penyerang kiri dan Kuyt dikanan. Lucas akan jadi pemain sauh untuk membiarkan Gerrard dan Meireles bebas menyerang. Kekuatan pastinya serangan akan lebih membara dan nampak ganas, maklumlah main dengan 3 penyerang. Kelemahan kurang serangan dari sayap dan banyak main dari tengah saja.

Formasi 4-2-3-1 (Lucas, Gerrard, Kuyt, Meireles, Suarez, Carroll)
Ini formasi hak milik terpelihara Pak Cik Rafa. Kenny dah minta izin untuk ciplak tapi dengan lebih kreatif mengikut keupayaan semasa. Pemain sama dengan 433 namun kedudukan tak sama. Gerarrd dan Lucas akan main ditengah. Meireles akan membantu Suarez dan Kuyt dibahgian serangan dan Carroll tetap pemain sasaran. Tak banyak beza dengan 433 cuma ianya lebih nampak kedisplinan pemain tengah serta mempergunakan kepakaran Meireles untuk menjaringkan gol penting. Kelemahan sama dengan 433.

Jadi untuk menutup pelajaran kita hari ini, saya rasa Kenny akan mempergunakan apa jua formasi dan taktikal hatta main dengan 10 penyerang atau 10 pertahanan kerana dia juga pakal dalam bidang taktikal. Jadi kita tak perlu risau menghadapi Chelsea, kerana orang no 2, Steve Clarke ada berkotak-kotak rahsia Chelsea dan cara untuk mengantoikan mereka.

0 comments: