BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Feb 3, 2011

You'll Never Walk Alone- Liverpool 02 Stoke 00

Ternyata pemergian Torres tidak membawa kesan malah membangkitkan Liverpool untuk tidak terlalu berharap pada Torres si pengkhianat. 


Semalam Liverpool merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut, debut dan gol pertama Luis Suarez dan formasi pelik King Kenny.

Andy Carroll telah diperkenalkan kepada warga Anfield sebelum perlawanan bermula.

Reina
Skrtel - Kyrgiakos - Agger
Kelly - Lucas - Gerrard - Aurelio - Johnson
Meireles
Kuyt

Formasi 3-5-1-1 memang jarang digunakan oleh mana-mana pengurus. Tetapi King Kenny dengan beraninya menggunakan formasi ini.

Formasi ini berjaya membuatkan bahagian pertahanan Liverpool yang selama ini rapuh lebih kukuh daripada biasa. Kelly dan Johnson yang akan turun naik membantu bahagian pertahanan dan bahagian tengah dilihat berhasil. Kyrgiakos berjaya mengekang John Carrew sepanjang perlawanan.

Bahagian tengah juga teratur. Liverpool mengusai sepanjang separuh masa pertama namun gagal memanfaatkan peluang yang terhidang. Peluang paling terbaik adalah hasil dari tandukan Glen Johnson yang berjaga ditepis oleh penjaga gol Stoke, Bergovic.

Liverpool berjaya mendahului perlawanan hasil dari gol Meireles. Meireles merembat masuk bola yang dalam keadaan kelam kabut di hadapan gol Stoke. Rembatan Meireles yang tenang menghadiahkan gol pendahuluan buat Liverpool, gol ketiga dalam 4 perlawanan buat dirinya.

Peminat bersorak dengan kuat selepas Luis Suarez, penyerang Uruguay yang dibeli dengan harga £22.8 juta dibawa masuk. 3 touch pertama Luis Suarez agak mengecewakan tetapi dia kemudian lebih tenang dan berjaya mengawal bola dengan lebih baik.

Suarez semakin menemui rentaknya. Kuyt akhirnya menghantar bola ke arah Suarez yang berjaya meloloskan dirinya melepasi pertahanan Stoke. Maka, lahirlah gol pertama Suarez untuk Liverpool. Gol ketika debut-nya.





Kita tahu yang Suarez masih mempunyai banyak lagi skill dan trick yang masih belum dipertontonkan buat kita. Dan aku yakin Suarez bakal menjadi pemain yang bakal menggegar Anfield tidak lama lagi.

Luis Suarez, YNWA!!!!

Dan, Babel mengikuti perlawanan ini dan masih Tweet mengenai perlawanan ini di akaun twitter-nya. Aku stalking akau twitter Babel sepanjang perlawanan berlangsung.




DAN BAGI YANG MEMBENCI LIVERPOOL, TUKAR PERSEPSI ANDA. 

0 comments: